Walaupun Syawal 1441H tahun ni Hana dan keluarga beraya di rumah sendiri, sebenarnya Hana tetap rasa seronok sebab Harris dah boleh tolong Hana hias rumah kali ni hahaha 🏡
Hana dengan ayah Harris sebenarnya dah mula latih Harris dengan kerja-kerja rumah seawal usia Harris 18 bulan haritu. Contoh kerja rumah yang Harris dah boleh faham dan lakukan ialah masukkan baju kotor ke dalam bakul, bawa pinggan atau mangkuk ke dapur selepas habis makan, lap lantai kalau air tumpah, masukkan diaper dalam tong sampah, kemaskan permainan selepas bermain, dan lain-lain yang mudah 😊
Tengok gaya macam Harris yang paling sibuk sekali kannn heheh 🤭
Continue reading “PlaySchool 51 – House Chores (Raya Edition)”





