Selamat Hari Raya AidilFitri mommies! Alhamdulillah dah Syawal ke-8 dah harini, sekejap je rasa kann? Em cuti raya Harris pun dah habis. So kena sambung PlaySchool dengan Teacher Momma balik la nampak gayanya hahaha 😜
Alhamdulillah raya kali ni Harris tetap dapat beraya dengan Atok & GrandMa, Papa & Ummi, Daddy & Mommy, Kakak Natalia & Noah, serta Mary & Snowy sebab rumah kami dekat-dekat je hehe! GrandMi dengan Abi Harris je tak ada sebab ada di Melaka 😢
Sebab raya kali ni juga tak boleh buat aktiviti menziarah, maka marilah kita beriadah! 🤣
Antara aktiviti Riang Ria Riadah Raya adalah mandi swimming pool jadi PlaySchool Harris kali ni pun dalam swimming pool jugak 😍
Hana hanya gunakan penapis air sebagai fishing net serta plastic veges dan bucket mainan sedia ada.

Ambil semua dan campak masuk swimming pooooooool! Weee 🍋🍊🌽🥕🥦🌶️
Continue reading “PlaySchool 44 – Fishing Net: Fruits Bucket”





