Lepas siap projek Arts & Crafts dengan Kakak Natalia, masa untuk bermain!
Caranya mudah je ๐
Sambil Harris sorong kereta mainan, Hana hanya perlu sebutkan warna-warna kereta dan juga warna petak parking yang sama! ๐
PlaySchool kali ini memerlukan komunikasi dua hala yang tinggi sebab sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka bermain membuatkan Harris mudah terleka dan terlupa yang Momma ada di sebelah hahaha ๐
Harini Hana ke TLM Baby Expodi MITC Melaka yang bermula dari 6 Mac hingga 8 Mac 2020.
Tak silap Hana, ini baby expo yang pertama di Malaysia untuk tahun 2020 ni. Baby expo yang lain terutama di KL dan Selangor semuanya samada dibatalkan atau ditunda lantaran serangan wabak COVID-19 yang dah meningkat kepada 83 kes positif berbanding 55 kes positif sehari sebelum ๐ฐ
Syabas Hana ucapkan untuk pihak pengurusan MITC Melaka kerana menjalankan langkah saringan awal dengan mengambil suhu pengunjung di pintu masuk serta menggalakkan penggunaan hand sanitizer ๐
Selesai saringan suhu badan, Hana dan Ayah Harris pun melangkah masuk dengan gembira. Harris tak melangkah apa-apa sebab Harris sedap kena dukung selesa duduk dalam baby carrier je hahaha ๐
Directory di Pintu Masuk TLM Baby Expo. Dekat sangat tengok tu boleh baca ke Ayah Harris oii hahaha ๐คฃ