Baru-baru ni Harris join Momma dan Ayah mandi swimming pool rumah Grandma. Balik tu Harris terus demam selsema dan batuk š
Pergi klinik, macam biasa doktor memang bagi ubat demam paracetamol-250 je sebab untuk kanak-kanak bawah 2 tahun memang tak ada ubat batuk dan selsema yang sesuai. Apa-apa pun perlukan konsultasi dari doktor perubatan yang bertauliah ya.
Jadi untuk rawat batuk dan selsema Harris, Hana guna cara alternatif, iaitu sapu minyak garlic. Dari Harris umur 4 bulan sampai sekarang dah 16 bulan, Hana selalu buatkan Harris minyak garlic sendiri.
Kegunaan minyak garlic ni sama je macam balm garlic yang dijual di kedai. Cuma sebab ianya dibuat sendiri di rumah, maka ianya dinamakanlah homemade haha. Paling penting, homemade ni memang cost-effective tau! š¤
Alhamdulillah bila Hana gunakan minyak garlic untuk Harris terutamanya masa Harris tak sihat dan demam, boleh nampak pengurangan ketara batuk dan selsema Harris. Kadang-kadang kahak ikut keluar dekat poopoo Harris. Kalau sapu dekat perut, dah boleh ganti minyak telon sebab Harris mesti potpot sakan š
Selalunya Hana sapu dan urut pada hidung Harris, belakang telinga, pergelangan tangan, dada, perut, tapak kaki, leher, dekat semua tempat yang boleh la ala ala Essential Oil (EO) gitteww hehe š
Hana cuba banyak kali jugak sebenarnya nak buat homemade garlic oil untuk Harris barulah dapat hasil yang menepati kehendak Hana. Bak kata pepatah Melayu, pengalaman mendewasakan kita heheh š
Ni Hana kongsikan bahan-bahan dan cara mudah yang Hana buat:
ā¤ļø Bawang putih 1-2 ulas
Kupas kulit dan bakar kering.

š Baby Oil
Hana guna Johnson’s Bedtime Baby Oil sebab bau wangi dia memang senang buat Harris terbuai-buai! Bila tengah tak sihat, Harris memang akan meragam sikit jadi bila guna Bedtime oil, Harris akan jadi lebih tenang. Baby oil lain pun boleh š


Bila dah dapat bau seperti ya g dikehendaki, bolehlah buang bawang keluar. Dan… Siap! Homemade Baby Garlic Oil sedia digunakan!
š”Jangan biarkan bawang putih terendam dalam baby oil lama-lama tau nanti bau wangi Bedtime tu hilang dah jadi bau bawang je pulak!
š”Penting juga untuk tidak biarkan bau bawang terlampau pekat kerana ini bermakna ekstrak bawang dalam baby oil terlebih sudahh! Ini adalah untuk mengelakkan kesan merah pada kulit yang sensitif terutama bila cuaca panas. Pastikan calit sedikit dulu pada kulit anak-anak dan pantau perubahan pada kulit, jika ada. Hentikan penggunaan kalau kulit anak tidak sesuai ya. Buat semula versi yang lebih mild. Yang dah pekat tu bolehlah dipakai sendiri oleh mama ayah š
š” Dalam proses pembuatan Homemade Baby Garlic Oil ni sebenarnya Hana amalkan berselawat dan jugak bacaan Bismillah 5 sambil niatkan semoga minyak garlic ni mujarab untuk Harris, in shaa Allah.
Apa-apa pun kita usaha dan tawakal semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik kepada keluarga terutama anak-anak kita yang sedang membesar.
Alhamdulillah sampai sekarang minyak garlic ni memang berkesan dan serasi untuk Harris walaupun kadang-kadang ada batch yang Hana buat terbau bawang kuat sangat hahaha. Mungkin sebab bawang putih sendiri memang dah pelbagai khasiatnya š
Okayyy Hana nak sambung membawang dengan Harris ni! Bye š
Salam sayang,
Momma Hana š¹
2 thoughts on “Minyak Garlic Homemade”