Posted in Hana Sharing, Harris & Hans Health

Health Kit Harris

Harris nak balik kampunggg! Vroom! šŸš—

Emm. Bila bersiap nak balik kampung atau pergi holiday, Hana akan jadi orang yang paling sibuk sekali! Yela siapa lagi kan kalau bukan Momma Harris ni! šŸ˜‚

Dari sebesar-besar beg sampai la sekecil-kecil jarum peniti, semua Hana kena pastikan ada! šŸ’Ŗ

Dan dalam banyak-banyak barang yang disiapkan, yang paling penting Hana fokus adalah Health Kit untuk Harris.

Health Kit Harris šŸ˜‚

Penuh kannn? Hehe. Kalau tertinggal salah satu barang, risau Hana šŸ˜…

Yang paling utama untuk keperluan sehari-hari mestilah basic toiletries. Kalau tak ada ni nanti mashemm Harris haha 😜

Losyen, syampoo, sabun dan bedak.

Tak sah badan dah wangi tapi mulut tak gosok gigi. Finger toothbrush ni senang digunakan nak gosok gigi Harris, buat masa ni ehehe 😁

Harris suka ubat gigi perasa Strawberry

Seterusnya, Homemade Minyak Garlic yang Hana buat untuk Harris. Boleh juga digunakan sebagai minyak telon untuk perut. Kalau selsema pun tak risau dah boleh terus selet. Yang ni Hana isikan dalam bekas botol kecil sedikit. Travel pack gituu.. 😁

Homemade Minyak Garlic

Dah mandi wangi-wangi, kena la sikat bagi handsome. Ni set untuk rambut Harris. Hana guna olive oil untuk kemaskan rambut Harris yang ikal tu.

Olive oil dan sikat bulat. Senang sikat rambut Harris hahaha šŸ˜‚

Hana memang selalu bawa kepit kuku sebab kuku Harris cepat panjang. Dalam seminggu Hana akan potong dua kali. Gunting tu pulak standby kot ada rambut terlebih panjang nak kena trim on-the-spot šŸ˜…

Set Mimosa

Untuk kesihatan diri Harris, Hana bagi Scott’s Emulsion setiap hari. Dos untuk umur Harris (1thn) adalah 15ml.

Kena suap Harris pakai syringe ni sebab Harris suka lari šŸ˜…

Hana bawa ubat demam. Ubat demam ni sebenarnya baki dari minggu lepas. Harris demam dua hari. Alhamdulillah tiada yang memudaratkan tapi balik kampung kali ni Hana standby, mana tahu perlu ketika keadaan tak mengizinkan untuk ke klinik dengan kadar segera. Apa pun tetap perlu bawa ke klinik untuk dapatkan ubat baru ya šŸ˜‰

Hana doa Harris kekal sihat walafiat

Kalau sebut demam, tak sah Hana tak main jadi doktor nak check suhu badan. Mesti guna termometer! 😃

Dua-dua jenis digital dan biasa Hana ada. Yang paling tepat mestilah yang digital.

Oh ye. Hana guna Allano hari-hari untuk rawat ruam Harris. Bila balik kampung pula, Hana akan lumur satu badan Harris dengan Allano ni. Tak terhad sekadar merawat luka, merawat gigitan serangga, merawat melecur, dan meredakan ruam, Allano ni juga sebenarnya boleh bertindak sebagai insect repellent. Multi purpose kann Hana paling suka Allano! 😃

Dentinox pun Hana bawa sebab tak boleh jangka bila masa Harris mungkin sakit gusi nak tumbuh gigi. Sebelum Harris meragam marilah kita kebaskan gum šŸ˜€

Allano, termometer digital dan biasa, Dentinox, MooGoo nappy balm

MooGoo nappy balm tu sebenarnya Hana dapat free sample masa ke sebuah Babywearing Event di Putrajaya tahun lepas. Teksturnya yang sedikit kesat memang cepat mengeringkan ruam. Sebab botolnya kecil je, Hana selitkan je la dalam Health Kit ni šŸ˜

Yang ni pun mesti selalu ada sebab Harris suka main air, jadi setiap kali lepas mandi Ayah Harris akan sedut lebihan air kalau ada yang termasuk dalam hidung. Sterimar hanya akan digunakan kalau cuaca sejuk dan hidung Harris tersumbat. Bila dah spray Sterimar, barulah guna nasal aspirator ā˜ŗļø

Sterimar dan nasal aspirator

Pergi mana-mana memang mudah kalau dah ada wet tissue dan hand sanitizer. Hana guna dua jenis. Satu yang beralkohol untuk kegunaan Hana dan Ayah Harris. Sebelum guna baby chair dekat tempat awam pun Hana spray yang Antabax ni sebelum lap dengan wet tissue.

Yang organik untuk Harris terutama masa Harris nak pegang sendiri makanan tapi tak ada tempat basuh tangan. Kalau Hana dengan Ayah Harris nak makan pun kadang-kadang pinjam jugak Harris punya ni hehe 🤭

Hand Sanitizer & wet tissue

Yang terakhir sekali, Dettol Disinfectant. Semenjak kes wabak Influenza berleluasa dan merebak dengan jayanya di Malaysia šŸ‡²šŸ‡¾ kita ini, Hana kerapkan juga spray Dettol Disinfectant pada cadar dan bantal Harris terutama semasa Harris demam minggu lepas. Tetapi tetap sebaiknya adalah terus basuh apa-apa permukaan yang terdedah kepada kuman termasuk persekitaran udara dan ruang. Yang ni Hana bawa jugak, in case perlu sebab bukan terhad dalam rumah je, dalam kereta pun boleh.

Dettol Disinfectant – Morning Dew

Okayy habis! Fuhhh banyak tak? Ni baru Health Kit belum masuk baju besar baju kecil bagai hahaha! Hana harap Ayah Harris faham lah nanti ye kenapa Momma Harris ni lambat bersiap setiap kali nak travel balik kampung dan holidayyy! šŸ˜‚

Kalau ada barang lain yang mommies bawa dalam Health Kit masing-masing selain yang Hana guna ni, boleh la kongsikan dengan Hana yaa 😘

Health Kit dan Momma Bag. Jom balik kampung! šŸš—

Salam sayang,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment