Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 01 – Mr & Mrs Potato Head

PlaySchool pertama Harris hari ini ada classmates, iaitu Kakak Natalia dan Noah! Oh ya, umur Noah sebaya dengan Harris iaitu 16 bulan, birthday diorang selang dua hari sahaja. Selalu orang ingat kembar sebab sama besar! Emm the more the merrier kan? 😍

OKAY JOM MULA PLAYSCHOOL! 👩‍🏫

Edutoys terpilih buat kali pertama ini adalah Mr dan Mrs Potato Head. Ta-daaa!

Bahan pelajaran: Dua Mr Potato Head dan satu Mrs Potato Head untuk setiap seorang murid

Kena ada seorang satu barulah tak berebut 😂

Elok je kann duduk hahaha 😁

Edutoys Mr dan Mrs Potato Head ni bukan sahaja bagus untuk Hana ajarkan pada Harris dan Noah tentang anatomi asas tubuh badan macam mata, telinga, hidung, mulut, tetapi juga sangat bagus sebab boleh latih motorskill jari-jari halus kedua-dua si kecil ni. Untuk Kakak Natalia pun sama 😉

Motor Skill Challenge!

Edutoys Mr dan Mrs Potato Head ni juga berkesan untuk tingkatkan kreativiti anak-anak.

MACAM MANA?

Komponen Mr Potato Head
Komponen Mrs Potato Head. Ada handbag youuu

Disebabkan Potato Head ni ada lubang kecil untuk setiap komponen kecil, jadi anak-anak sebenarnya boleh berimaginasi untuk reka bentuk makhluk lain, tak terhad kepada rupa asal Potato Head sahaja!

Harris tukar Mr Potato Head jadi Mr Potato Hand 😆
Noah siap panjat meja 😂

Tapi macam biasa, anak-anak linkungan 12-24 bulan hanya akan fokus pada sesuatu tidak melebihi 15 minit. Nanti mula laa cari permainan lain laa jalan-jalan laa nak mamam nak itu ini 😂

Tengok?? Dah tak duduk dekat meja semua lariiiii hahaha 😆

Maka tinggallah Potato Head tergolek-golek 😅

Jadi manfaat keseluruhan edutoys Mr dan Mrs Potato Head ni antaranya adalah:

❤️ Latihan motorskill halus

🧡 Latihan kognitif

💛 Tingkatkan orientasi mata-tangan

💚 Tingkatkan kreativiti

💙 Tingkatkan memori

💜 Tingkatkan pengetahuan am anatomi badan

❤️ Tingkatkan kesabaran Teacher Hana hahaha 😜

Apa pun semua latihan dan permainan perlu dilakukan berulang kali selagi masih sesuai dan diminati anak-anak ☺️

Sekian untuk PlaySchool Vol 01. Nanti Hana tulis lagi untuk PlaySchool seterusnya yaa! 😘

Salam sayang,
Momma Hana 🌹

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment