Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 03 – Coloured Furballs (Colour Learning)

Dalam PlaySchool 02 – Coloured Furballs (Sensory Play) sebelum ni, Hana lebih fokuskan Harris pada sensory play. PlaySchool kali ini, Hana fokuskan Harris pada pembelajaran warna pula 😊

Ingat lagi tak Hana ada kongsi barang recycle yang Hana kumpul? Haa masa ni la nak guna πŸ˜ƒ

Bahan-bahan :

❀️ Kotak kecil dari barang recycle

🧑 Pensel

πŸ’› Pembaris

πŸ’š Pisau Lipat (untuk kegunaan orang dewasa sahaja yaa)

πŸ’™ Pensel Warna/ Krayon

πŸ’œ Furballs berwarna-warni

Cara-Cara :

1. Buat ukuran petak pada kotak dan tandakan dengan pembaris dan pensel. Bilangan petak bergantung pada berapa jenis warna furballs yang ada.

Ukuran petak mestilah bersesuaian dengan saiz kotak. Petak tak terlalu besar supaya kotak kekal utuh dan tak lembik sangat macam masa main DIY Kotak Kenal Warna, sekali main ranap habis kotak plastik πŸ˜‚

Lepas lukis dengan pensel tu, warnakan dulu tau baru potong. Hana nyaris tersalah step πŸ˜…

2. Warnakan dulu petak dengan pensel warna atau krayon. Kalau nak guna watercolour pun boleh.

Hana pilih warna asas primer β€οΈπŸ’™πŸ’› dan sekunder πŸ’œπŸ§‘πŸ’š jadi bilangan petak adalah enam sahaja 😁

Hana bagi Harris yang warnakan petak-petak tu. Masa ni pun dah boleh mula ajarkan Harris tentang warna sambil melatih motorskill halus jari Harris.

3. Dah siap warnakan petak-petak tu baru la Hana potong dengan guna pisau lipat. Yang ni Hana buat sendiri sepenuhnya dan jauh dari pandangan Harris sebab tak nak Harris belajar guna pisau. Belum masanya lagi 😰

Hana habiskan warna dengan Harris sebab Harris dah mula lari nak main toys lain πŸ˜†

4. Dah siap buat lubang pada petak-petak tu bermakna dah siap untuk dimain! 😍

Petak-petak pada kotak kecil dah siap diwarna dan dibuat lubang.
Harris tengah belajar erti kesabaran sebab nak ambil furballs dari dalam plastik tak lepas-lepas. Tengok dalam video di bawah nanti ya, Harris nak marah dah geremmm sangat dia 🀣
Hentam sajalah! πŸ˜‚

Oh ye! Furballs tu memang dalam plastik asal masa beli. Kalau nak bubuh dalam cawan atau bekas lain pun boleh πŸ˜‰

PlaySchool Harris hari ini penting sebagai :
βœ”οΈ Latihan motorskill halus
βœ”οΈ Latihan kognitif
βœ”οΈ Tingkatkan orientasi mata-tangan
βœ”οΈ Tingkatkan pengetahuan am mengenai warna
βœ”οΈ Latihan komunikasi dua-hala Momma Hana dan Harris
βœ”οΈ Fokus pada sesuatu dalam satu masa

Sekian untuk PlaySchool Vol 03. Nanti Hana tulis lagi untuk PlaySchool seterusnya yaa! 😘

Salam sayang,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris