Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 04 – Toy Story Alien Mango Pudding

Ikutkan setiap hari selepas balik sekolah Natalia akan tanya pada Hana, harini kita nak buat apa, Momma? 😂

Sampai la terkeluar special request dari princess seorang ni, “I want mango pudding la Momma”

Ehh mana Natalia tau Hana baru beli Mango pudding mix semalam hahaha 🤣

Ada lagi request Natalia, “Saya nak buat mango pudding dengan Toy Story Alien Jelly Set tuuu dah lama saya tak main..”

Hana jawab, “Momma tak ingat la simpan mana..”

Natalia sambung, “Ada laa dekat bilik atas tu belakang pintu.. Saya nampak… 🤭”

Amboii selongkar bilik Momma yee 😆

Maka gigihlah Hana cari balik Toy Story Alien Jelly Set tu dan…

Ta-Daa! Jumpa punnn..

Comel tak? Toy Story Alien Jelly Set ni Ayah Harris menang untuk Harris dari contest di app The Asian Parent Malaysia! Nasib baik la Harris memang minat main masak-masak 👨‍🍳

Okay tanpa buang masa marilah kita menyediakan bahan-bahannya 😃

Nasib baik senang sediakan hehe

Lepas siap masak, Hana tuangkan mango pudding ke dalam jug mini Toy Story Alien Jelly Set. Tunggu sejuk sikit baru Hana hidangkan pada Natalia.

Kakak Natalia dah tak sabar 😂

Siap sedia dan..

..Mula!

Perlahan-lahan tau nanti tumpah!
Okayy banyak tumpah haha

Jom tengok video in progress 😍

Dah siap, jom kita masukkan dalam chiller!

“Stay safe, Alien”

Tak sampai 30 minit kemudian..

Natalia dah keluarkan semula untuk makan! 😂

Ada budak tak sabarrr

Hana tak sempat ambil gambar mango pudding yang berbentuk Aliem, Woody, dan lain-lain sebab Natalia dah telan habiskan terus semuanya 🙆‍♀️

Alhamdulillah kenyang haha! Nanti Hana nak cuba buat chocolate pudding pula dan ambil gambar yaa! 😘

Salam sayang,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris