Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 09 – How To Make Slime

Ada lagi aktiviti Hana dengan Kakak Natalia, kali ni kami buat homemade slime!

Senang je nak buat tau sebab kebanyakan bahan yang diperlukan adalah mudah didapati samada memang sedia ada di rumah atau hanya perlu beli di kedai serbaneka berhampiran 😂

Bahan-bahan yang Hana gunakan

Bahan-bahannya adalah :

  1. Clear glue (bahan utama)
  2. Pewarna makanan (pilihan sendiri; Hana standby warna merah, kuning, hijau dan biru)
  3. Glitters (yang ni optional, tapi kalau bubuh lagi banyak lagi cantik!)
  4. Baking soda (jangan tertukar dengan baking powder tau! Haha!)
  5. Air kosong/ air paip
  6. Contact lens solution (paling penting mesti ada untuk membuat slime terbentuk)
  7. Baby oil (supaya slime menjadi licin)

Jom cepat buat slime! Tengok video di bawah yaa 😍

Senang je kan hehe tak perlu bahan dan kuantiti yang banyak pun 😁

Squishh Squishh Squishyyyy

Hana sempat buat dua warna je dengan Natalia sebab Harris dah meragam nak perhatian momma 🤣

Ikutkan banyak lagi resepi slime ni tapi Hana ikut resepi yang paling banyak bahan Hana ada. Dan yang Hana kongsikan ni adalah resepi yang Hana dapat buat sampai jadi! Nasib baik jadi, kalau tak jadi, mungkin boleh share dalam FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni haha 🤣

So mommies semua sekarang dah boleh la buat sendiri slime untuk anak-anak di rumah lagi-lagi sementara musim PKP masih berlangsung! Take care and stay safe~ 😍

Yang dah pandai buat slime,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment