Baru-baru ni Mima Harris online shopping sakan beli set Narinar NANION Diffuser beserta essential oils untuk Harris. Comel sangat macam bentuk bawang haha 🌰
Jom tengok YouTube Hana unboxing dan kongsi cara guna Narinar NANION Diffuser ni 😉
Untuk mommies yang belum tahu, essential oils adalah minyak yang diektrak dari bahagian tumbuhan seperti daun, bunga, akar dan lain-lain yang mempunyai kesan penyembuhan. Ianya cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan berminyak kerana molekulnya yang sangat halus dan bersifat “volatile”. Essential oils juga mampu menembusi dinding sel hingga melalui saluran darah ke kawasan bermasalah.
Untuk Essential Oils Narinar Aromatherapy Series, terdapat beberapa jenis wangian mengikut fungsi tertentu. Antaranya adalah seperti berikut.

Narinar Ellgrie mempunyai campuran aroma pati tumbuhan serai wangi, bidara, halia, lemon & aloe vera.
Fungsi :
- Melegakan sistem pencernaan bayi
- Melindungi kulit dari gigitan serangga
- Melembutkan kulit
- Melegakan sembelit
- Melegakan ketidakselesaan perut

Narinar Sidrie mempunyai campuran aroma yang menenangkan dari pati bunga Chamomile, epal hijau, dan bidara.
Fungsi :
- Membantu tidur yang berkualiti
- Menenangkan perasaan terutama apabila keletihan
- Menyeimbangkan emosi
- Menghilangkan sakit kepala kronik

Narinar Frankie mempunyai campuran pati minyak gam arab, pudina, lavender, dan lemon yang diadun dengan minyak zaitun asli.
Fungsi :
- Membantu melonggarkan kahak secara semula jadi
- Meningkatkan imun sistem badan
- Melegakan ketidakselesaan pernafasan

Narinar Claritie mempunyai gabungan pati minyak 100% gam arab frankincense, bergamot, helichrysum, chamomile, grapefruit, kaffir lime & peppermint yang diadun dengan minyak bidara asli.
Fungsi :
- Membantu anak dan keluarga anda kekal fokus
- Mengurangkan mengantuk
- Kekal cergas dan fokus

Narinar Deep Must-cle mempunyai campuran minyak pati tumbuhan peppermint, chilli seed, angelica root dan blackpepper.
Fungsi :
- Membantu melegakan ketidakselesaan otot, sendi, tengkuk, leher, pinggang dan belakang
- Memberi kelegaan selepas penat bersukan
- Membantu mengurangkan keradangan dengan menggalakkan peredaran darah

Narinar Rose Love mempunyai campuran aroma pati bunga ros, lavender bergamot & grapefruit.
Fungsi :
- Mengurangkan tekanan dan stress
- Mengimbangi hormon wanita
- Melegakan ketidakselesaan ketika haid
- Meningkatkan semangat dan aura positif
- Menaikkan seri wajah dengan emosi yang stabil

Narinar O-Rangers mempunyai campuran semula jadi minyak pati oren, tea tree, cinnamon, cengkih, marjoram dan minyak pembawa.
Fungsi :
- Mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria
- Melegakan radang kulit
- Membantu sebagai antiseptik untuk luka ringan
- Membantu sebagai anti-stress
- Meningkatkan antibodi tubuh badan
Haa banyak jenis essential oils dari Narinar kan? Untuk mengelakkan Harris selsema, Hana sendiri gunakan essential oil Frankie di dalam bilik. Mima Harris pula gunakan essential oil Rose Love, memang betul-betul bau wangi sekeliling dengan haruman bunga🌹

Sekian perkongsian Hana mengenai Narinar NANION Diffuser & Essential Oils Aromatherapy Series. Nanti Hana kongsi mengenai Narinar Roll-On Aromatherapy Series pula 😉
Yang suka bau bunga ros,
Momma Hana 🌹