Selesai aktiviti Arts & Crafts Bunny Box, jom sambung PlaySchool Bunny Ball pula ⚽
Hana letakkan kadbod nipis di bahagian dalam Bunny Box yang dah siap ni untuk membentuk cerun. Kemudian, Hana sediakan bola. Now we are ready to go!

Cara bermain? Jom tengok YouTube 📺
Harris suka sangat main Bunny Ball ni walaupun simple 😍
Sambil Harris berusaha masukkan bola ke bahagian atas Bunny Box dan tunggu sehingga bola keluar semula, minda Harris diransang untuk berfikir.

Motorskill jari-jemari Harris juga dapat dilatih apabila Harris sempat picit-picit bola tu sebelum masukkan ke dalam Bunny Box 😄
Manfaat keseluruhan PlaySchool Bunny Ball ini adalah :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Sensory play
💚 Grasp practise
💙 Pinch practise
💜 Tingkatkan orientasi mata-tangan
❤️ Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
🧡 Tingkatkan kreativiti
Selesai untuk PlaySchool Vol 65. Tunggu Hana sambung PlaySchool baru tau! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa 😘
Yang suka tengok bunny,
Momma Hana 🌹
3 thoughts on “PlaySchool 65 – Bunny Ball”