Sebab PlaySchool kali ni ada main dengan bunga, jadi Kakak Natalia join lagi! š
Bahan-bahan yang diperlukan selain bunga adalah air paip dan kulit telur yang dipecahkan pada bahagian atas sahaja, sama macam PlaySchool Egg Throw! dulu š

Mula-mula, Harris dan Kakak Natalia perlu masukkan kesemua bunga ke dalam kulit telur. Aktiviti menggunakan jari ni sebenarnya untuk melatih motorskill halus Harris dan Kakak Natalia dan meningkatkan koordinasi mata-tangan.

Kemudian, isikan air ke dalamnya dan simpan dalam freezer. Tunggu sehingga air di dalam kulit telur beku. Tempoh masa ini pula dapat melatih kesabaran anak-anak dan juga diri kita sendiri terutama bila mereka tanya, “Dah ke belum?” secara berulang-ulang serta banyak kali hahaha š
Hasilnya bila dah beku? Jom tengok YouTube šŗ
Hasilnya selepas kulit telur dipecahkan adalah ketulan ais berbentuk bunga dan berisi bunga š

Hmm tinggal satu je yang selamat, yang lain habis dah pecah dulu bukan main lagi Harris dan Kakak Natalia ketuk-ketuk baling-baling. Aktiviti melatih motorskill kasar ini berjaya walaupun lain yang Momma pesan, lain yang dia buat ya š¤£

Mommies kalau buat Ice Egg ni, boleh cuba kurangkan bunga yang disumbat ke dalam kulit telur tau supaya ais lebih banyak kelihatan āļø
Disebabkan PlaySchool ni terbahagi kepada dua fasa masa, banyak latihan yang dapat Harris dan Kakak Natalia belajar antaranya juga adalah sensory play ketika memegang ais.
Manfaat keseluruhan PlaySchool Ice Egg ini adalah :
ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
š§” Latihan motorskill
š Latihan sosial
š Latihan komunikasi dan bahasa
š Sensory play
š Grasp practise
ā¤ļø Pinch practise
š§” Tingkatkan orientasi mata-tangan
š Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
š Tingkatkan kreativiti
š Tingkatkan pengetahuan mengenai sifat sejuk
š Tingkatkan kesabaran Harris dan Kakak Natalia hahaha š
Selesai untuk PlaySchool Vol 66. Tunggu Hana sambung PlaySchool baru tau! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa š
Yang masih terus belajar bersabar,
Momma Hana š¹