Sambungan dari Arts & Crafts Bunny Box dan PlaySchool Bunny Ball, kali ni Hana buat PlaySchool Bunny Golf pula untuk kedua-dua Kakak Natalia dan Harris ⛳
Tambahan peralatan yang diperlukan adalah kayu golf yang Hana buat dari pembaris menjahit Mima Harris, dan cawan kertas yang dah digunting ✂️

Jom main! Tapi… Em tak apa lah jom tengok YouTube dulu hahaha 📺
Sampai merajuk Kakak Natalia sebab Harris kacau Kakak main golf. Harris ambil kayu golf la. Bawak lari Bunny Box la. Ambil bola la. Pening Momma tengok hahaha 😆
Walaupun objektif PlaySchool ni tak tercapai sepenuhnya iaitu untuk melatih semangat berpasukan dan fokus pada target, tapi Harris dan Kakak Natalia tetap belajar kemahiran mengawal emosi 😂
Manfaat keseluruhan PlaySchool Bunny Golf ini adalah :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan sosial dan emosional
💚 Latihan komunikasi
💙 Grasp practise
💜 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
❤️ Tingkatkan kreativiti
🧡 Tingkatkan pengetahuan mengenai cara bermain golf
💛 Tingkatkan kesabaran Kakak Natalia hahaha 😜
Selesai untuk PlaySchool Vol 67. Nanti kena ulang main lagi Bunny Golf ni untuk latih Harris dan Kakak Natalia sharing dan bekerjasama 👫
Mommies tunggu Hana sambung PlaySchool baru tau! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa 😘
Yang suka tengok telatah kanak-kanak,
Momma Hana 🌹
One thought on “PlaySchool 67 – Bunny Golf”