Dah habis main dekat luar rumah, Harris main dalam rumah pula. Dekat luar dah panas haha! 🌞
Masih menggunakan diy watercolour, alatan mewarna Harris untuk PlaySchool kali ni adalah kepit baju dan pom pom mengikut warna watercolour 🎨

Ohya! Fungsi kepit baju tu untuk kepit pom pom je sebagai pemegang. Guna kertas A4 je. Kalau kertas mahjong pengsan! 😆
Jom tengok YouTube Harris!
Mula-mula Harris hanya memegang kepit baju dengan satu tangan. Lepas tu terus guna dua tangan sekaligus!
Melalui PlaySchool ini, bukan hanya motorskill tangan, malah motorskill jari-jemari Harris juga dilatih dengan baik melalui pinch practise ketika pom pom jatuh dan Harris menekan kepit baju untuk mengepit pom pom semula. Walaupun Harris kekok pada permulaan, lepas berlatih barulah makin handal kan? 😉
Aktiviti ni juga berkonsepkan sensory play kerana menggalakkan deria sentuhan apabila Harris memegang pom pom dengan jari dan belajar jenis permukaan berbeza.

Harris cakap kepit baju ni Baby Shark Doo doo doO! 😅
Bukan main minda Harris kaitkan rupa kepit baju tu dengan sesuatu yang Harris tengok dekat tempat lain. Secara tak langsung sel-sel otak turut berhubung! 😘
Manfaat keseluruhan PlaySchool Pom Pom Painting ni adalah :
❤️ Latihan kognitif
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan sosial dan emosi
💚 Latihan komunikasi
💙 Sensory play
💜 Pinch practise
❤️ Grasp practise
🧡 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💛 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💚 Tingkatkan pengetahuan mengenai warna
PlaySchool Vol 76 – Pom Pom Painting dah habis tapi series ni belum habis lagi. Jom sambung PlaySchool 77 – Blow Blow Painting jom! 😆
Yang suka pom pom,
Momma Hana 🌹
3 thoughts on “PlaySchool 76 – Pom Pom Painting”