ALHAMDULILLAH, OFFICIALLY A MALAYSIAN! 🇲🇾
Genap baby Hans Refqi umur #3monthsold harini, baru ada Birth Certificate.
Hana dah booking temujanji dari hujung Jun lepas dekat website tapi sebab slot temujanji penuhhh je, tarikh lingkungan 2-3 bulan baru ada kosong.

Kalau ada mommies yang dah masuk 3rd trimester, dah boleh book appointment siap-siap dah rupanya, takyah tunggu baby lahir baru daftar. Nanti tak pasal-pasal ada status PENDAFTARAN LEWAT KELAHIRAN kalau dapat hari appointment bila baby dah lepas 60 hari dari tarikh lahir, mcm kes my baby Hans 😅

Bila nak pergi JPN masa tarikh temujanji, pastikan semua dokumen lengkap supaya urusan dapat diselesaikan dengan mudah, in shaa Allah.
💻 PROSEDUR 💻
- Daftar untuk temujanji dekat website https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/
✏️ Isikan Negeri, Pejabat JPN dan Jenis Perkhidmatan (Kelahiran)
✏️ Pilih Tarikh dan Masa. Utk JPN Putrajaya, slot dah penuh sampai hujung November ya 😅
✏️ Isi maklumat diri seperti Nama, No Tel, Emel, Etc. Tekan HANTAR.
✏️ Tunggu dapat Slip Tempahan di emel yg didaftarkan. - Hadir pada tarikh temujanji dengan bawa dokumen seperti berikut:
📂 DOKUMEN 📂
i. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap di bahagian A, C, D. (borang asal)
ii. Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital (borang asal)
iii. IC Ayah Momma (kad dan salinan fotostat)
iv. Sijil Nikah Ayah Momma (sijil asal dan salinan fotostat)
v. Buku Pink (buku asal dan salinan fotostat muka depan, muka surat 3, 38 & 39)
vi. Surat akuan AM80 untuk pendaftaran lewat kelahiran. Boleh download terus dari sini: https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran. Untuk dapatkan cop Pesuruhjaya Sumpah ni, kena bayar RM4 untuk setiap surat akuan. Oleh sebab kena ada dua surat akuan; satu untuk Ayah dan satu untuk Momma, maka jumlah yang perlu dibayar adalah RM8 tunai sahajaaa.

Yang ni sebenarnya kalau Ayah Momma dah pergi dulu ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah untuk pengesahan (bawa sekali semua dokumen di atas), boleh je ke JPN salah seorang samada Ayah atau Momma. Tapi pergi dua-dua pun boleh jugak haha. Baru baca balik dekat website tadi 😅
Takpelah, dapat la Momma sweet escape sekejap 🥲
Nasib baik dekat JPN Putrajaya ni ada semua under one roof, jadi selesai la semua dalam masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Lama pun sebab tunggu pegawai Pesuruhjaya Sumpah. Beliau lari pergi mana tak tahu 😆
Sekarang kalau nak walk-ins pun boleh, tapi masa menunggu giliran di kaunter akan lebih lama dari yang datang tunggu giliran dengan appointment.

Ohh, kad MyKID memang belum dapat tauu. Dapat Birth Certificate je dahulu. Pegawai JPN bagitahu, tahun depan nanti boleh call balik untuk follow up/ pick up 😂
Hmm keluar sekejap pun dah rindu dekat my babies, thank youu Mima tolong jagakan Harris & Hans hehe, I love you ❤️
Alhamdulillah selesai dah urusan Hana untuk baby Hans. Semoga urusan mommies semua untuk daftar baby nanti pun dipermudahkan yaa. Okay Mari balikk rumah. Home sweet home! 🏡
Momma of two,
Hana 🌹









