Posted in Hana Sharing, Harris & Hans Gear

DIY Tee Pee Tent

Hai mommies!

Masih #StayAtHome atau ada yang dah mula picnic dan jalan-jalan dengan famili?

Hana masih stay at home je dengan Harris dan Hans walaupun Hana dan Hubby dah lengkap dua dos vaksin. Masih risaukan anak-anak yang masih kecil ni 😅

So untuk projek Hana kali ni, Hana buatkan Tee Pee Tent untuk Harris! Hana diy je sebab kebetulan banyak barang di rumah. Kalau beli boleh tahan tinggi jugak harganya hehe. Mommies kalau nak cuba buat sendiri pun boleh tau! Senang sangat haha! Jom tengok langkah-langkah mudah 😍

Mula-mula sekali, Hana cari pelapik atau alas sebagai base untuk Tee Pee Tent. Hana selongkar almari, jumpa sarung bean bag lama yang dah tak digunakan. Kebetulan jugak ada tilam kecil yang sebelum ni Hana letakkan dalam baby cot. Terus Hana sarungkan tilam tu dengan sarung bean bag ni.

Untuk tiang seri, Hana beli batang mop yang berukuran 6 kaki dekat Shopee. Senang dah ada balut plastik dan kuat teguh berbanding guna batang paip 💪

Untuk ikat tiang seri, Hana guna book straps je. Beli dekat kedai ECO RM2.10 dapat tiga!

Ikat satu demi satu dan lilitkan antara kesemua empat tiang seri. Guna book strap lagi senang dari guna tali biasa.

Oh ya! Sebelum ikat, letakkan tiang seri siap-siap pada kedudukan yang dikehendaki yaa. Sebab bila dah ikat dengan book strap, susah dah nak adjust balik 😁

Dah siap, Hana sangkutkan pulak langsir lama sebagai cover Tee Pee Tent 🏕️

Sangkut curtain hook pada book strap

Kemudian, lilitkan langsir di sekeliling tiang seri.

Lilit keliling. Tambah curtain hook apabila perlu.
Siapppp!

Hana juga tambahkan beberapa aksesori keselamatan supaya Tee Pee Tent ni kekal utuh.

Sekarang masa untuk tambahkan aksesori perhiasan 😍

Teddy bear masuk sarang 🐻

Bagus jugak ada Tee Pee Tent ni. Hana boleh simpan teddy bear yang besar-besar haha 😂

Pacifier clips + teether

Hana gantungkan pacifier clips Harris masa baby 😘

Kita letak lampu lip lap!

Paling Hana suka dengan konsep Tee Pee Tent ni adalah, sebagai Momma, Hana dapat sediakan satu ruang untuk Harris belajar hilangkan separation anxiety.

Bila Harris bermain dalam Tee Pee Tent, Harris boleh bermain dengan imaginasi. Selain itu, Harris juga akan berlatih untuk tidak terlalu bergantung pada kehadiran Momma. Dalam masa yang sama juga, Harris tak takut untuk buat aktiviti sendiri sebab Hana masih sentiasa ada di sekitar 😁

Bila malam, boleh dijadikan lampu tidur Harris dalam bilik 😃

Cantik tak Tee Pee Tent DIY Harris ni? ❤️

Sebelum tidur nanti Momma nak baca bedtime stories dengan Harris dalam Tee Pee Tent 😉

Kos keseluruhan hanyalah RM15.60 yang dikeluarkan untuk membeli batang mop. Yang lain-lain semua pakai barangan lama yang memang ada di rumah. Jimat kannn? 🤭

Jom buat! Selamat mencuba, mommies! 😘

Love,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment