Posted in Hana Holiday

Philea Mines Beach Resort

Alhamdulillah, pertengahan Oktober lalu, Hana & family sempat berjalan ke The Philea Mines Beach Resort yang terletak di Seri Kembangan. Bersebelahan je dengan The Mines Shopping Mall dan MIECC.

Resort ni terkenal dengan nama “beach in the city” sebab ada kolam mandi berbentuk pantai tau! Hana memang kagum dengan beach pool tu sebab lengkap ada pasir untuk sand activity! Mana lagi nak main pasir dan mandi pantai dekat tengah bandar di Selangor ni kannn 😂

Ada slide!

Yang paling seronok semestinya Harris! Tak sabar-sabar tunggu sampai walaupun perjalanan dari rumah ke Philea Mines Beach Resort ni just 35 minit je haha. Ohh. Air tu bukan keruh atau kotor tau. Jernih jugak sebenarnya tapi disebabkan lantainya berpasir, jadi warna air kelihatan macam kolam ikan sikit 😅


CHECK-IN

Masa check-in bermula jam 3 petang. Selain perlu terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM, para tetamu juga mestilah telah lengkap dua dos vaksin.

Reception Counter

Setengah jam baru selesai check in! Lepas tu baru Hubby Hana turunkan semua beg dari dalam kereta.


CARPARK

Kami park kereta di kawasan valet dengan bayaran RM10 sehari. Kalau carpark biasa hotel pun ada berdekatan je dengan lobi. So takyah risau sebab jalan kaki pun boleh 😃

Hana datang Kakak dan Adik Hana bersama extended families Hana masing-masing. Meriahhhh! 🎊


BELL BOY SERVICE

Philea Mines Beach Resort ni ada bell boy service. Jadi kita hanya perlu turunkan je luggage di lobi, dan tunggu sampai semuanya dihantar ke bilik kita. Staff sangat friendly and helpful.


BILIK PENGINAPAN

Jomm kita tengok bilik pulak 😍

Classic Room ni dilengkapi dengan samada dua unit twin beds atau satu king bed, televisyen, peti ais dan paling best adalah bathtub!

Harris mandi bathtub dengan bathbomb & bath bubbles

Cuma bilik ni adalah garden view. Kalau uolls nak pool view, boleh pilih bilik Deluxe Plus ya. Bilik dengan susunan dan keluasan sama, cuma harganya lebih tinggi. Hana baru tahu masa check in. Tak boleh upgrade dah sebab resort dah fully booked untuk minggu tu 😄

Oh ya, Hubby Hana tempah tiga bilik dan kami request semua sederet. Kakak & Adik Hana dapat connecting rooms.


HOUSEKEEPING SERVICE

Dari segi kebersihan, honest review Hana bagi 3 ⭐ je sebab dalam peti ais masih ada baki makanan tetamu sebelum kami yang tidak dibersihkan. Toiletries pun ada yang tak lengkap. Esoknya baru tahu tak cukup sebab hari kedua baru dapat haha.

Bilik Kakak Hana pun tak dapat towel. Bila kita request, housekeeping staff bertegas cakap ada padahal memang tak ada. Akhirnya mereka hantar jugak itupun lewat beberapa jam.

Bilik Adik Hana pulak hanya siap dibersihkan pada jam 4.30 petang. Sebagai ganti, pihak resort extend waktu check-out dari jam 11 pagi ke 12.30 tengah hari.

Harap Philea Mines Beach Resort boleh improve lagi housekeeping service ya 😅


MAKAN-MAKAN

Untuk makan-makan sepanjang kami menginap, kami hanya order makanan melalui Food Panda dan Shopee Food hehe. Tapi sebab banyak jugak restoran di sekitar, untuk breakfast, kami tapau je roti canai 😋

Kalau uolls tak makan di restoran resort ni, nak pergi makan di The Mines Shopping Mall pun boleh. Ada McDonald’s, KFC, Subway, Nando’s, Tealive, dan banyakkk lagi.


BEACH POOL

Pada hari kedua, kami breakfast dulu di tepi beach pool ni. Ada ruang makan disediakan.

Pukul 8 pagi dah buka jadi cepat datang pagi-pagi dan daftar di kaunter pendaftaran sebab tak ramai orang macam waktu petang. Bila ramai orang, masa beraktiviti di beach pool terhad selama satu jam sahaja.

Pagi petang turun mandi. Penat mandi, main pasir pulak hehe 😁

Harris, Kakak Natalia dan Noah dah bawa siap-siap beach set. Kalau tak bawa pun tak apa. Ada juga dijual di tepi beach pool.


AKTIVITI MALAM

Pada waktu malam, Philea Mines Beach Resort ni meriah dengan lampu lip lap berwarna warni hampir di seluruh sekitar beach pool. Ada juga tayangan movie dengan projektor, tapi hanya available pada hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu.

Cantik kann nampak beach pool dan tasik

Sambil jalan-jalan waktu malam ni, Hana dan family masing-masing pakai onesuits. Uolls nak tengok tak? 🙈

Dinosaurs 🦖 dengan unicorns 🦄
Cute tak hahaha

Sempat la kami merayau di sekitar lobi dan sekeliling beach pool sekejap. Segan jugak rasa tapi nasib baik tak ramai orang.

Hubby 🧔🏻 Hans 👶🏻 Harris 🧒🏻 Hana 👩🏻

Tulaa pilih lagi tema keluarga bukan-bukan hahaha 😂


PEMANDANGAN SEKITAR

Pada sebelah petang, kami berjalan-jalan ambil angin di sekitar resort 😃

L. O. V. E.

Banyak sangat landskap menarik untuk #ootd tau! Instagramer mesti suka 😍

Tak sempat habis berjalan dan bergambar masa hari ke-2 ni, hari ke-3 kami sambung lagi sebelum check-out 😂

Our 3D2N staycation is over. Let’s go home 🏡

Lupa bagitahu. Hubby Hana booked staycation kami ni di Agoda. Kalau uolls nak book Royal Villa, kena book di hotel tau sebab tak available dalam booking apps.

Overall, Hana suka bercuti di Philea ni sebab tenang, nyaman, cantik dan unik. Sesuai untuk percutian bersama keluarga terutama yang ada anak kecil macam Hana sebab tak berapa ramai orang kecuali pada waktu petang di beach pool. Lagi-lagi kita masih di zaman pandemik Covid-19 ni. Jangan lupa jaga diri ya semua 😢

Kalau uolls nak maklumat lanjut pasal resort ni, klik terus Philea Mines Beach Resort ni 😉

Yang suka bercuti,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment