Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 80 – Matchy Sticky Numbers

PlaySchool kali ni Hana fokus pada latihan hand-eye orientation dengan menggunakan permainan yang Harris dah ada 😃

Permainan yang diperlukan adalah foam numbers 1️⃣ sampai 9️⃣ dan sebuah bucket.

Macam mana nak main?

Mula-mula Hana cabut keluar nombor dan tampalkan hanya plat pada cermin sliding door ni. Basahkan dengan air sikit lepastu terus boleh lekat 😉

Letak nombor dalam bucket

Mudah je nak main. Harris hanya perlu ambil nombor di dalam bucket dan tampalkan semula nombor yang betul pada plat di sliding door! Cepat tengok YouTube Harris 📺

Continue reading “PlaySchool 80 – Matchy Sticky Numbers”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 79 – Aluminum Foil: Messy Colour Play

Lepas main PlaySchool Put Put Papaya Painting, jom kita main PlaySchool terakhir dalam series bermain dengan diy watercolour yang dibuat dengan tepung jagung ni 🌽

Untuk PlaySchool kali ni, Hana gunakan aluminium foil berbanding kertas A4 sebagai kanvas lukisan supaya Harris dapat belajar mewarna di atas permukaan berbeza dan seterusnya melatih sensori sentuhan Harris.

Sensori pendengaran Harris juga dapat diransang apabila tangan Harris menyentuh permukaan aluminium foil yang mengeluarkan bunyi crispy 😁

Sensori sentuhan diransang

Cara bermain PlaySchool ni paling mudah! Hana hanya sediakan dua colour tray dan biar Harris copkan tangan di aluminium foil! Jom tengok YouTube Harris! 📺

Continue reading “PlaySchool 79 – Aluminum Foil: Messy Colour Play”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 78 – Put Put Papaya Painting

Lepas main PlaySchool Blow Blow Painting, Harris sambung main dengan betik pula dan masih juga dengan tema diy watercolour hehe ☺️

Bahan-bahan yang diperlukan adalah pelepah pokok betik yang telah dipotong sedikit serong, dan juga putik betik yang dipotong di bahagian tengah.

Cara main PlaySchool ni pun senang. Hanya pegang sekalian betik ni dan copkan ke atas kertas! Macam subjek Pendidikan Seni masa Hana sekolah dulu hahaha! Kalau Harris, Harris sebht “put” iaitu put on paper 😉

Corak pelepah dan putik betik yang telah dipotong

Jom tengok YouTube Harris main Put Put Papaya ni 😁

Continue reading “PlaySchool 78 – Put Put Papaya Painting”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 77 – Blow Blow Painting

Selesai PlaySchool Pom Pom Painting, Harris main Blow Blow Painting pula. Kali ni guna straw! 🥤

Watercolour, straw, dan kertas A4

PlaySchool ni mudah je. Harris hanya perlu tiup watercolour yang dititiskan ke atas kertas, dan lihat corak yang terhasil 🎨

Ni first time tau Harris belajar tiup guna straw. Selalunya Harris sedut dengan straw!

Jom tengok YouTube Harris tiup hembus dengan penuh kegigihan 😂

Continue reading “PlaySchool 77 – Blow Blow Painting”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 76 – Pom Pom Painting

Dah habis main dekat luar rumah, Harris main dalam rumah pula. Dekat luar dah panas haha! 🌞

Masih menggunakan diy watercolour, alatan mewarna Harris untuk PlaySchool kali ni adalah kepit baju dan pom pom mengikut warna watercolour 🎨

Harris dah standby!

Ohya! Fungsi kepit baju tu untuk kepit pom pom je sebagai pemegang. Guna kertas A4 je. Kalau kertas mahjong pengsan! 😆

Jom tengok YouTube Harris!

Continue reading “PlaySchool 76 – Pom Pom Painting”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 75 – Dot Dot Painting

Lepas main Roll Roll Painting, Harris main Dot Dot Painting pula. Masih menggunakan paint roller, tapi kali ni Harris guna teknik ketuk-ketuk untuk menghasilkan seni lukisan berlainan 😍

Hana tambahkan warna iaitu oren, kuning, hijau, biru, pink dan ungu.

Ta-Daa! 🎨

Dah ready? Jom kita buat DOT! DOT!

Continue reading “PlaySchool 75 – Dot Dot Painting”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 74 – Roll Roll Painting

Sebelum ni Kakak Natalia dah buatkan DIY WaterColour dengan tepung jagung. Jadi kali ni Harris pula main dengan diy watercolour yang sama. Cuma alatan yang akan digunakan Harris untuk aktiviti PlaySchool adalah paint roller! 🎨

Dua kombinasi warna hijau dan biru

Hana juga hanya gunakan dua warna untuk Harris belajar kesan campuran antara warna biru dan hijau 💙💚

Jom tengok YouTube Harris roll roll 😍

Continue reading “PlaySchool 74 – Roll Roll Painting”