Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 16 – Ribbon Tugging Box

Baru-baru ni Ayah Harris beli Wireless N USB Adaptor untuk WiFi di rumah. Cantik pulak Hana tengok kotak adaptor ni hahaha. Maka marilah kita berkraftangan untuk PlaySchool Harris seterusnya 😂

Bahan utama yang diperlukan adalah kotak dan riben. Kebetulan kotak adaptor ni dah ada lubang bulat di tengah. Ada fungsinya tau nanti Hana ceritakan masa Harris main PlaySchool. Kalau mommies tak ada kotak macam ni pun tak apa. Boleh guna kotak biasa 😉

Kumpul setempat

Selain kotak dan riben, alatan lain yang diperlukan adalah gunting dan pisau lipat. Tengok YouTube Hana untuk tonton cara mudah membuat Ribbon Tugging Box ni ya 😍

Continue reading “Arts & Crafts 16 – Ribbon Tugging Box”
Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 15 – DIY WaterColour Using Wheat Flour

Mommies nak tak resepi buat watercolour sendiri dari bahan mudah yang boleh didapati rumah?

Jom join Hana buat DIY watercolour! Hanya guna tepung gandum, air dan garam je 😁

Bahan-bahan yang siap disediakan

Sukatan yang Hana gunakan adalah :

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 12-14 sudu besar air
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar food colouring

Jom tengok YouTube cara buat watercolour ni dengan Kakak Natalia 😍

Continue reading “Arts & Crafts 15 – DIY WaterColour Using Wheat Flour”
Posted in Hana Review, Harris & Hans Health

Narinar NANION Diffuser & Essential Oils Aromatherapy Series

Baru-baru ni Mima Harris online shopping sakan beli set Narinar NANION Diffuser beserta essential oils untuk Harris. Comel sangat macam bentuk bawang haha 🌰

Jom tengok YouTube Hana unboxing dan kongsi cara guna Narinar NANION Diffuser ni 😉

Untuk mommies yang belum tahu, essential oils adalah minyak yang diektrak dari bahagian tumbuhan seperti daun, bunga, akar dan lain-lain yang mempunyai kesan penyembuhan. Ianya cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan berminyak kerana molekulnya yang sangat halus dan bersifat “volatile”. Essential oils juga mampu menembusi dinding sel hingga melalui saluran darah ke kawasan bermasalah.

Untuk Essential Oils Narinar Aromatherapy Series, terdapat beberapa jenis wangian mengikut fungsi tertentu. Antaranya adalah seperti berikut.

Continue reading “Narinar NANION Diffuser & Essential Oils Aromatherapy Series”
Posted in Hana Crafts, Harris & Hans Edutoys

Arts & Crafts 14 – Bunny Box

Sementara masih belum buka sekolah semula ni, Kakak Natalia mintak Hana bagi projek Arts & Crafts lagi. Jadi marilah kita buat Bunny Box 🐇

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.

  • Kotak segi empat sama
  • Kadbod nipis
  • Kertas putih
  • Tali
  • Gam
  • Gunting
Kumpul semua bahan setempat

Kotak tu Hana guna kotak rice cooker Harris je hahaha tak sia-sia simpan lagi. Okay dah tanpa buang masa jom tengok YouTube cara membuat Bunny Box dengan Kakak Natalia 😁

Continue reading “Arts & Crafts 14 – Bunny Box”
Posted in Hana Crafts, Harris & Hans Edutoys

Arts & Crafts 13 – Fish Pond

Macam yang Hana bagitahu sebelum ni, projek Arts & Crafts kali ni adalah sambungan dari projek PlaySchool Painting On Polystyrene 😍

Mesti mommies tertanya-tanya projek apa kann? Projek Arts & Crafts harini adalah membuat set fish pond dengan fishing rod! 🐟

Polystyrene yang Harris warnakan sebelum ni akan dijadikan fish pond versi tak ada air! Sebab tu lah Hana bagi Harris warnakan dengan tona warna biru 💙 hehe. Tapi lepas dah siap macam banyak warna hijau💚 pulak hahaha 😅

Untuk teruskan projek fish pond ni, bahan-bahan tambahan yang diperlukan adalah :

  • Batang belon plastik
  • Tali guni/ rafia/ tangsi
  • Kepingan magnet
  • Kepingan ikan dari kertas sticker
  • Klip kertas besi
Kertas sticker pelbagai warna

Untuk tengok tutorial cara membuat fish pond, jom tengok YouTube di bawah ni 😃

Continue reading “Arts & Crafts 13 – Fish Pond”
Posted in Hana Sharing, Harris & Hans Edu

PlaySchool 51 – House Chores (Raya Edition)

Walaupun Syawal 1441H tahun ni Hana dan keluarga beraya di rumah sendiri, sebenarnya Hana tetap rasa seronok sebab Harris dah boleh tolong Hana hias rumah kali ni hahaha 🏡

Hana dengan ayah Harris sebenarnya dah mula latih Harris dengan kerja-kerja rumah seawal usia Harris 18 bulan haritu. Contoh kerja rumah yang Harris dah boleh faham dan lakukan ialah masukkan baju kotor ke dalam bakul, bawa pinggan atau mangkuk ke dapur selepas habis makan, lap lantai kalau air tumpah, masukkan diaper dalam tong sampah, kemaskan permainan selepas bermain, dan lain-lain yang mudah 😊

Tengok gaya macam Harris yang paling sibuk sekali kannn heheh 🤭

Continue reading “PlaySchool 51 – House Chores (Raya Edition)”
Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 12 – Project Keychain & Facemask Extender

Bersempena cuti umum Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke XVI Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang jatuh pada 8 Jun 2020 semalam, Natalia, Papa & Ummi Harris dan Hana buat projek arts & crafts baru!

Projek yang kami buat adalah personalised face mask extender dan Hana buat sekali personalised keychain untuk trolley bag & pencil case Harris! ✏️

Kalau mommies semua ingat, Hana dah pernah buat dah personalised bracelet dengan Kakak Natalia dulu. Masih dengan cara yang sama, cuma merchandise berbeza 😍

Harris pun busy tolong Momma 😂

Dah siap sedia dengan kit arts & crafts, jom kita mula!

Continue reading “Arts & Crafts 12 – Project Keychain & Facemask Extender”