Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 15 – DIY WaterColour Using Wheat Flour

Mommies nak tak resepi buat watercolour sendiri dari bahan mudah yang boleh didapati rumah?

Jom join Hana buat DIY watercolour! Hanya guna tepung gandum, air dan garam je 😁

Bahan-bahan yang siap disediakan

Sukatan yang Hana gunakan adalah :

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 12-14 sudu besar air
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar food colouring

Jom tengok YouTube cara buat watercolour ni dengan Kakak Natalia šŸ˜

Senang je kan buat sendiri? Hana pun baru tahu! Penat tunggu watercolour sampai thru online order masa PKP hari tu tau hahaha! 🤣

Ohya! Kalau mommies tak bubuh garam pun tak apa sebab fungsi garam adalah untuk menimbulkan kesan kesat pada permukaan papan atau kertas yang akan dicat. Cukup hanya tepung gandum dan air sahaja 😊

Paling best mengenai DIY watercolour ni adalah ianya selamat untuk anak-anak! Tiada bahan kimia atau bahan berbahaya lain sekiranya dimasukkan ke dalam mulut! Sebab tu Hana guna food colouring je 😘

Kakak Natalia asyik tanya boleh makan tak? Hana cakap boleh makan tapi jangan makan! Kalau Momma buat cicok nanti baru makan walaupun cara membuatnya sama tapi yela, mindset dah anggap jadi watercolour hehe 😜

Geram tengok nak main haha šŸŽØ

Puas hati tengok penuh cawan DIY watercolour ni. Tak ada lagi la rasa kedekut sangat masa nak buat aktiviti šŸ˜…

Dah siap DIY watercolour berwarna-warni ni, jomm masa untuk main PlaySchool 69 – SplashĀ Painting pula weee šŸ˜

Yang rajin,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

2 thoughts on “Arts & Crafts 15 – DIY WaterColour Using Wheat Flour

Leave a comment