PlaySchool kali ni Hana fokus pada latihan hand-eye orientation dengan menggunakan permainan yang Harris dah ada 😃
Permainan yang diperlukan adalah foam numbers 1️⃣ sampai 9️⃣ dan sebuah bucket.
Macam mana nak main?
Mula-mula Hana cabut keluar nombor dan tampalkan hanya plat pada cermin sliding door ni. Basahkan dengan air sikit lepastu terus boleh lekat 😉
Letak nombor dalam bucket
Mudah je nak main. Harris hanya perlu ambil nombor di dalam bucket dan tampalkan semula nombor yang betul pada plat di sliding door! Cepat tengok YouTube Harris 📺
Lepas main PlaySchool Put Put Papaya Painting, jom kita main PlaySchool terakhir dalam series bermain dengan diy watercolour yang dibuat dengan tepung jagung ni 🌽
Untuk PlaySchool kali ni, Hana gunakan aluminium foil berbanding kertas A4 sebagai kanvas lukisan supaya Harris dapat belajar mewarna di atas permukaan berbeza dan seterusnya melatih sensori sentuhan Harris.
Sensori pendengaran Harris juga dapat diransang apabila tangan Harris menyentuh permukaan aluminium foilyang mengeluarkan bunyi crispy 😁
Sensori sentuhan diransang
Cara bermain PlaySchool ni paling mudah! Hana hanya sediakan dua colour tray dan biar Harris copkan tangan di aluminiumfoil! Jom tengok YouTube Harris! 📺
Bahan-bahan yang diperlukan adalah pelepah pokok betik yang telah dipotong sedikit serong, dan juga putik betik yang dipotong di bahagian tengah.
Cara main PlaySchool ni pun senang. Hanya pegang sekalian betik ni dan copkan ke atas kertas! Macam subjek Pendidikan Seni masa Hana sekolah dulu hahaha! Kalau Harris, Harris sebht “put” iaitu put on paper 😉
Corak pelepah dan putik betik yang telah dipotong
Jom tengok YouTube Harris main Put Put Papaya ni 😁
Lepas main Roll Roll Painting, Harris main Dot Dot Painting pula. Masih menggunakan paint roller, tapi kali ni Harris guna teknik ketuk-ketuk untuk menghasilkan seni lukisan berlainan 😍
Hana tambahkan warna iaitu oren, kuning, hijau, biru, pink dan ungu.