Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 64 – Messy Colour Play

Kali ni Harris main watercolour dengan Kakak Natalia dan Noah. Bila ada geng, lagi seronok main sama-sama! 👱‍♀️👱🏻‍♂️👱🏻‍♂️

Bahan utama yang diperlukan adalah kertas mahjong yang diletakkan di atas meja. Hana tambahkan juga alat mewarna lain iaitu diy bubble wrap roller. Senang je nak buat, hanya tampal bubble wrap dan balutkan di sekeliling botol syampoo 😂

Ohya! Watercolour kena letakkan dalam bekas berasingan mengikut warna. Nanti bercampur habis hitam semuanya 🤣

Jom tengok YouTube Harris dan kakak Natalia main Messy Colour Play 🎨

Continue reading “PlaySchool 64 – Messy Colour Play”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 62 – Scissors Skill

Kebelakangan ni Harris suka main gunting. Berlubang jugak la sehelai T-Shirt Harris, tergunting masa tengah pakai sambil pegang gunting 💆‍♀️

Nasib baik Hana jumpa gunting plastik ni ada enam jenis corak mata boleh tukar-tukar tau!

Boleh cabut dan pasang handle gunting tu ✂️

Mula-mula Hana ingat tak boleh guna untuk menggunting sebab materialnya plastik, rupanya boleh berfungsi betul-betul! Cuma perlu tekan sedikit kuat. Kalau Harris yang main, alhamdulillah masih selamat lagi kertas tu. Lega hati Momma gunting ni selamat untuk Harris 😆

Continue reading “PlaySchool 62 – Scissors Skill”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 60 – Mix Paintings: The Elephant

Lepas main watercolour dengan super ring, Harris main watercolour dengan gajah pulak 🐘

Tapi untuk PlaySchool kali ni, Harris guna macam-macam cara melukis; guna jari, guna tapak tangan dan guna berus lukisan. Semua Harris nak hahaha!

Hana siapkan kadbod kepala gajah ni dari kotak recycle. Siap ada belalai gajah extended tau hehe ☺️

Gajah cakap, “Belalai saya tercabut.. Wekk..” 😛

Hehehe nanti kita pasang belalai gajah ni untuk PlaySchool seterusnya. Okay sekarang masa untuk mix painting duluuuu!

Continue reading “PlaySchool 60 – Mix Paintings: The Elephant”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 59 – Finger Painting: Super Ring

Harris main watercolour lagi! Kalau PlaySchool sebelum ni Hana bagi Harris guna medium berbeza iaitu mewarna di atas polystyrene, kali ni cara mewarna pula berbeza; guna jari je hehe 😁

Untuk bahan aktiviti PlaySchool Harris ni pula Hana dah sediakan awal-awal. Hana potongkan bentuk gegelung dari kotak recycle.

Super ring! 😂

Kenapa bentuk super ring? Sebab projek PlaySchool ni ada sambungan lagi hahaha. Jom tengok Youtube Harris duluuu 😆

Continue reading “PlaySchool 59 – Finger Painting: Super Ring”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 58 – Sticky Wall & Ball

Ada hari yang Hana sibuk, kadang-kadang tak sempat nak buat PlaySchool yang canggih-canggih untuk Harris. Kebetulan petang ni Hana ada webinar dengan VIP Parents dari TheAsianParent app 👩‍💻

Jadi PlaySchool untuk Harris kali ni Hana buat simple je. Hanya perlu bola, selotep dan pagar playpen Harris sebagai sticky wall.

Kalau mommies nak guna dinding rumah atau pintu pun boleh asalkan bola dan selotep boleh melekat 😃

Hana tampal selotep macam tu hehe

Dah sedia semua bahan. Bubuh bola dalam bucket. Dinding dah ada selotep. Okay jom main! 😁

Continue reading “PlaySchool 58 – Sticky Wall & Ball”