Posted in Hana Sharing

Anjung Spotter KLIA

Bila perlu #StayAtHome, baru teringat semula dulu-dulu masa pergi jalan sini sana 😁

Baru teringat jugak bulan Februari sebelum ni Hana dan Ayah Harris bawa Harris tengok aeroplanes mendarat dekat KLIA haha 😂

Tapi, nak tengok aeroplanes betul-betul di KLIA atau KLIA2 memang nampak halus je ✈️nanti. Jadi, Ayah Harris bawa ke Anjung Spotter KLIA untuk view yang lagi dekat, jelas dan real! 😍

Pemandangan di bahagian belakang – hangar

Anjung Spotter dibuka setiap hari dari jam 7 pagi ke 7 malam.

Continue reading “Anjung Spotter KLIA”
Posted in Hana Review, Hana Sharing

Photobook 6″ x 6″ Simple Book

Kerajaan Malaysia 🇲🇾 telah mengeluarkan #MovementControlOrder sekarang sehingga akhir Mac ini disebabkan Wabak Pandemic COVID-19 yang hebat melanda dunia.

Namun di sebalik segala kerisauan, yang paling Hana hargai adalah masa yang dapat diluangkan bersama keluarga Hana di rumah 🏡

Tapi yang paling menggembirakan adalah bila akhirnya Hana terima juga bungkusan parcel dari Photobook yeaa!

Ta-Daa! Simple Book 6″ x 6″ yang ditunggu-tunggu telah tiba! 😍

Harris tak sabar nak buka parcel
Continue reading “Photobook 6″ x 6″ Simple Book”
Posted in Harris & Hans Food

Recipe – Homemade Healthy Nugget

Kalini Hana cuba buat nugget sihat untuk Harris!

Bahan-bahan pun mudah je :

❤️ Isi Ayam

🧡 Sayur Bayam Brazil

💛 Carrot

💚 Broccoli

💙 Cauliflower

💜 Cendawan Shitake

❤️ Potato

🧡 Tomato

💛 Basil Leaves

💚 Roti Putih

💙 Macaroni

💜 Tepung Gandum

❤️ Tepung Jagung

🧡 Air secukupnya

Macam biasa, kalau homemade tu maknanya tak ada GARAM, GULA, dan MSG! 🙅‍♀️

Continue reading “Recipe – Homemade Healthy Nugget”
Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 04 – Toy Story Alien Mango Pudding

Ikutkan setiap hari selepas balik sekolah Natalia akan tanya pada Hana, harini kita nak buat apa, Momma? 😂

Sampai la terkeluar special request dari princess seorang ni, “I want mango pudding la Momma”

Ehh mana Natalia tau Hana baru beli Mango pudding mix semalam hahaha 🤣

Ada lagi request Natalia, “Saya nak buat mango pudding dengan Toy Story Alien Jelly Set tuuu dah lama saya tak main..”

Hana jawab, “Momma tak ingat la simpan mana..”

Natalia sambung, “Ada laa dekat bilik atas tu belakang pintu.. Saya nampak… 🤭”

Amboii selongkar bilik Momma yee 😆

Maka gigihlah Hana cari balik Toy Story Alien Jelly Set tu dan…

Ta-Daa! Jumpa punnn..

Comel tak? Toy Story Alien Jelly Set ni Ayah Harris menang untuk Harris dari contest di app The Asian Parent Malaysia! Nasib baik la Harris memang minat main masak-masak 👨‍🍳

Continue reading “Arts & Crafts 04 – Toy Story Alien Mango Pudding”
Posted in Hana Sharing

SSPN-i Plus Untuk Harris

Semalam macam yang Hana cerita masa Hana jalan-jalan di TLM Baby Expo MITC Melaka, ada booth SSPN-i ni.

Makanya tanpa membuang masa Hana terus tarik Ayah Harris bertanyakan info lebih lanjut sebab sebelum ni Hana dah pernah layari laman web rasmi SSPN-i Plus ni tapi ada beberapa persoalan yang belum terungkai 😆

Apa itu SSPN-i Plus?

🤔🤔🤔

SSPN-i Plus ni adalah Pelan Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional di bawah PTPTN yang lengkap dengan Perlindungan Takaful Komprehensif serta merta untuk anak-anak kita sekiranya berlaku apa-apa kepada kita.

Continue reading “SSPN-i Plus Untuk Harris”