Ikutkan setiap hari selepas balik sekolah Natalia akan tanya pada Hana, harini kita nak buat apa, Momma? ๐
Sampai la terkeluar special request dari princess seorang ni, “I want mango pudding la Momma”
Ehh mana Natalia tau Hana baru beli Mangopudding mix semalam hahaha ๐คฃ
Ada lagi request Natalia, “Saya nak buat mango pudding dengan Toy Story Alien Jelly Set tuuu dah lama saya tak main..”
Hana jawab, “Momma tak ingat la simpan mana..”
Natalia sambung, “Ada laa dekat bilik atas tu belakang pintu.. Saya nampak… ๐คญ”
Amboii selongkar bilik Momma yee ๐
Maka gigihlah Hana cari balik Toy Story Alien Jelly Set tu dan…
Ta-Daa! Jumpa punnn..
Comel tak? Toy Story Alien Jelly Set ni Ayah Harris menang untuk Harris dari contest di app The Asian Parent Malaysia! Nasib baik la Harris memang minat main masak-masak ๐จโ๐ณ