Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 43 – Colourful Footprints

Lepas sahur tadi Harris ajak Ayah Harris main. Terus Hana cakap jom main PlaySchool sama-sama 😍

PlaySchool harini fokus kepada sensory play iaitu mewarna guna watercolour dengan tapak kaki. Sebelum ni Harris dah pernah main watercolour dengan tapak tangan dah 😊

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti gambar di bawah.

Kertas kosong besar dan pinggan kertas

Kalau mommies ada kertas mahjong lagi senang. Sebab Hana tak ada, Hana tampal cantum kertas recycle je hahaha kreatif kann Hana? 😂

Continue reading “PlaySchool 43 – Colourful Footprints”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 42 – Lacing Shoe Toy

Ingat lagi tak Hana buat aktiviti Arts & Crafts DIY Lacing Shoe Toy sebelum ni? Sekarang Hana nak bagi Harris main untuk PlaySchool kali ni pula 😍

Ringan dan kecil

Harris suka betul main Lacing Shoe Toy ni. Semangat Harris nak masukkan tali kasut tu dari satu lubang ke lubang kasut yang lain. Jom tengok YouTube cara Harris main 😍

Continue reading “PlaySchool 42 – Lacing Shoe Toy”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 40 – Colourful River & Waterfall Using Dropper

Bila serum The Ordinary Hana habis bukan lepas, Hana terus simpan dropper dari set botol tu untuk PlaySchool Harris 😂

Aktiviti PlaySchool kali ni sekali lagi menggunakan bahan-bahan yang dah memang ada di rumah 😊

Selain dropper, Hana hanya gunakan food colouring yang dibancuh dengan air. Kalau mommies nak guna watercolour pun boleh tapi kena bancuh cair supaya river & waterfall effects menjadi 😉

Food colouring warna merah, kuning, hijau dan biru

Dan jangan lupa sediakan juga kertas kosong ya!

Continue reading “PlaySchool 40 – Colourful River & Waterfall Using Dropper”
Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 11 – Lacing Shoe Toy

Hana cuci mata dekat Shopee, Hana jumpa satu Montessori edutoys ni nampak menarik tau! Set lacing shoe toy for toddler! 👟

Nak beli tak sempat dah sebab dah nak raya AidilFitri, banyak courier dah cut off sebelum cuti. Jadi Hana pun buatlah sendiri hahaha senang je rupanya! 🤣

Hana save gambar ni dari katalog iklan dan terus print 😊

Gambar iklan Shopee 🤭

Bahan-bahan lain yang perlu disediakan adalah :

  • Kadbod
  • Gam
  • Pisau lipat
  • Tali kasut

Jom tengok cara buat dalam video di bawah 😍

Continue reading “Arts & Crafts 11 – Lacing Shoe Toy”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 37 – Ice Painting

Sebelum buka puasa tadi Hana sempat bagi Harris busy dengan PlaySchool Ice Painting sambil-sambil Hana nak siapkan hidangan berbuka 😁

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah set watercolour dengan berus lukisan dan colour pallete, beserta bongkah ais!

Siap sedia!

Caranya pun mudah je! Harris hanya perlu mewarnakan bongkah ais dengan berus lukisan 🎨

Continue reading “PlaySchool 37 – Ice Painting”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 36 – Tissue TRolls Hair Cutting

Lepas siap aktiviti dengan Natalia untuk buat Tissue TRolls, sekarang Hana sambung aktiviti dengan Harris pula untuk PlaySchool seterusnya! 😍

Dengan menggunakan Tissue TRolls yang sama, Hana bagi Harris latihan memegang dan menggunakan gunting. Dalam aktiviti PlaySchool ni, Harris perlu belajar menggunting rambut Tissue TRolls 💇‍♀️

Sediakan gunting dengan Tissue TRolls

Gunting yang Harris guna adalah gunting shape cutting, jadi ianya tak tajam macam gunting biasa.

Tengok video Harris jadi barber untuk Tissue TRolls 😁

Continue reading “PlaySchool 36 – Tissue TRolls Hair Cutting”
Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 09 – How To Make Slime

Ada lagi aktiviti Hana dengan Kakak Natalia, kali ni kami buat homemade slime!

Senang je nak buat tau sebab kebanyakan bahan yang diperlukan adalah mudah didapati samada memang sedia ada di rumah atau hanya perlu beli di kedai serbaneka berhampiran 😂

Bahan-bahan yang Hana gunakan

Bahan-bahannya adalah :

  1. Clear glue (bahan utama)
  2. Pewarna makanan (pilihan sendiri; Hana standby warna merah, kuning, hijau dan biru)
  3. Glitters (yang ni optional, tapi kalau bubuh lagi banyak lagi cantik!)
  4. Baking soda (jangan tertukar dengan baking powder tau! Haha!)
  5. Air kosong/ air paip
  6. Contact lens solution (paling penting mesti ada untuk membuat slime terbentuk)
  7. Baby oil (supaya slime menjadi licin)

Jom cepat buat slime! Tengok video di bawah yaa 😍

Continue reading “Arts & Crafts 09 – How To Make Slime”