Masih menggunakan barangan untuk recycle, untuk PlaySchool Harris kali ni Hana buat Sliding Ball Tower dari kotak empat segi dan juga tissue rolls!
Hana juga gunakan bola loceng Mary N Snowy yang berbunyi-bunyi bila bergolek sebagai salah satu kaedah sensory play untuk auditori iaitu meransang pendengaran Harris selain menarik minat bermain 😉

Nampak macam susah tapi senang je nak buat. Tengok Hana cantik tak? Hahaha. Jom tengok YouTube Harris main dengan Kakak Natalia 😆
Berebut-rebut Harris dengan Kakak Natalia main! 😂
Mula-mula Harris masukkan satu demi satu bola loceng ke dalam lubang di bahagian atas. Lama-kelamaan Harris cuba masukkan tiga bola serentak! Jadi menerusi PlaySchool ni, bukan sahaja dapat melatih perkembangan motorskill tetapi perkembangan minda Harris turut dapat dilatih.
Leka main walaupun DIY je, berbaloi Momma buat untuk Harris 😘

Manfaat keseluruhan PlaySchool Sliding Ball Game ni adalah :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan sosial
💚 Latihan komunikasi
💙 Sensory play
💜 Grasp practise
❤️ Tingkatkan orientasi mata-tangan
🧡 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💛 Tingkatkan pengetahuan mengenai graviti
Selesai untuk PlaySchool Vol 68. Tunggu Hana sambung PlaySchool baru tau! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa 😘
Yang rajin buat DIY games,
Momma Hana 🌹