Kalau sebelum ni aktiviti Harris dengan Bunny Box adalah Bunny Ball dan Bunny Golf, PlaySchool kali ni adalah Bunny Stickers pula dan masih menggunakan Bunny Box yang sama! Betul-betul banyak kegunaan kan hehe 🐰
Untuk menggalakkan kemahiran sensori sentuhan Harris, Hana bagi Harris main stickers supaya Harris boleh belajar sifat sticky 😂
Untuk meransang sensori penglihatan pula, Hana guna kertas stickers yang berwarna-warni dan terang.
Untuk meransang sensori pendengaran pun ada. Harris dapat dengar bunyi stickers ditarik krechhhh! gituu haha🐰
Caranya bermain mudah je, Hana hanya gunting kertas stickers dengan pelbagai warna serta bentuk, dan Harris perlu tampal pada Bunny Box 😀

Jom tengok YouTube Harris main stickers!
Hana terhibur tengok Harris belajar pegang stickers. Dari percubaan melekatkan stickers pada Bunny Box, sampai la Harris marah sebab stickers melekat dekat jari hahaha 😆

Sambil-sambil main tampal-tampal, Harris juga dapat belajar mengenai bentuk dan warna 😉
Kelebihan bermain stickers sebenarnya ada banyak dan di antaranya adalah melatih perkembangan halus motorskill Harris atau juga disebut pinch practise.

Kekuatan otot lengan juga dapat dilatih apabila Harris menggunakan kedua-dua tangan untuk saling mencabut stickers di jari jadi aktiviti ini dapat meransang perkembangan motorskill kasar Harris 😂
Visual scanning pula adalah latihan untuk penglihatan mata Harris apabila Harris perlu memilih tempat di atas Bunny Box untuk menampal stickers.
Manfaat keseluruhan PlaySchool Bunny Stickers ini adalah :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan emosi
💚 Sensory play
💙 Grasp practise
💜 Pinch practise
❤️ Tingkatkan orientasi mata-tangan
🧡 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💛 Tingkatkan kreativiti
💚 Tingkatkan pengetahuan mengenai sifat sticky, bentuk dan warna
💙 Tingkatkan kesabaran Harris lagi hahaha 😜
Habis dah PlaySchool Vol 72. Nanti Hana sambung PlaySchool lain ya! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau! 😘
Yang suka kumpul stickers,
Momma Hana 🌹
One thought on “PlaySchool 72 – Bunny Stickers”