Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 67 – Bunny Golf

Sambungan dari Arts & Crafts Bunny Box dan PlaySchool Bunny Ball, kali ni Hana buat PlaySchool Bunny Golf pula untuk kedua-dua Kakak Natalia dan Harris ⛳

Tambahan peralatan yang diperlukan adalah kayu golf yang Hana buat dari pembaris menjahit Mima Harris, dan cawan kertas yang dah digunting ✂️

Banyak kegunaan Bunny Box ni kan 🐰

Jom main! Tapi… Em tak apa lah jom tengok YouTube dulu hahaha 📺

Continue reading “PlaySchool 67 – Bunny Golf”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 66 – Ice Egg

Sebab PlaySchool kali ni ada main dengan bunga, jadi Kakak Natalia join lagi! 💐

Bahan-bahan yang diperlukan selain bunga adalah air paip dan kulit telur yang dipecahkan pada bahagian atas sahaja, sama macam PlaySchool Egg Throw! dulu 😊

Bunga kertas Mima Harris je haha 🌸

Mula-mula, Harris dan Kakak Natalia perlu masukkan kesemua bunga ke dalam kulit telur. Aktiviti menggunakan jari ni sebenarnya untuk melatih motorskill halus Harris dan Kakak Natalia dan meningkatkan koordinasi mata-tangan.

Continue reading “PlaySchool 66 – Ice Egg”
Posted in Hana Review, Harris & Hans Health

Narinar NANION Diffuser & Essential Oils Aromatherapy Series

Baru-baru ni Mima Harris online shopping sakan beli set Narinar NANION Diffuser beserta essential oils untuk Harris. Comel sangat macam bentuk bawang haha 🌰

Jom tengok YouTube Hana unboxing dan kongsi cara guna Narinar NANION Diffuser ni 😉

Untuk mommies yang belum tahu, essential oils adalah minyak yang diektrak dari bahagian tumbuhan seperti daun, bunga, akar dan lain-lain yang mempunyai kesan penyembuhan. Ianya cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan berminyak kerana molekulnya yang sangat halus dan bersifat “volatile”. Essential oils juga mampu menembusi dinding sel hingga melalui saluran darah ke kawasan bermasalah.

Untuk Essential Oils Narinar Aromatherapy Series, terdapat beberapa jenis wangian mengikut fungsi tertentu. Antaranya adalah seperti berikut.

Continue reading “Narinar NANION Diffuser & Essential Oils Aromatherapy Series”
Posted in Hana Crafts, Harris & Hans Edutoys

Arts & Crafts 14 – Bunny Box

Sementara masih belum buka sekolah semula ni, Kakak Natalia mintak Hana bagi projek Arts & Crafts lagi. Jadi marilah kita buat Bunny Box 🐇

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.

  • Kotak segi empat sama
  • Kadbod nipis
  • Kertas putih
  • Tali
  • Gam
  • Gunting
Kumpul semua bahan setempat

Kotak tu Hana guna kotak rice cooker Harris je hahaha tak sia-sia simpan lagi. Okay dah tanpa buang masa jom tengok YouTube cara membuat Bunny Box dengan Kakak Natalia 😁

Continue reading “Arts & Crafts 14 – Bunny Box”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 64 – Messy Colour Play

Kali ni Harris main watercolour dengan Kakak Natalia dan Noah. Bila ada geng, lagi seronok main sama-sama! 👱‍♀️👱🏻‍♂️👱🏻‍♂️

Bahan utama yang diperlukan adalah kertas mahjong yang diletakkan di atas meja. Hana tambahkan juga alat mewarna lain iaitu diy bubble wrap roller. Senang je nak buat, hanya tampal bubble wrap dan balutkan di sekeliling botol syampoo 😂

Ohya! Watercolour kena letakkan dalam bekas berasingan mengikut warna. Nanti bercampur habis hitam semuanya 🤣

Jom tengok YouTube Harris dan kakak Natalia main Messy Colour Play 🎨

Continue reading “PlaySchool 64 – Messy Colour Play”