Dalam PlaySchool 02 – Coloured Furballs (Sensory Play) sebelum ni, Hana lebih fokuskan Harris pada sensory play. PlaySchool kali ini, Hana fokuskan Harris pada pembelajaran warna pula 😊
Ingat lagi tak Hana ada kongsi barang recycle yang Hana kumpul? Haa masa ni la nak guna 😃
Bahan-bahan :
❤️ Kotak kecil dari barang recycle
🧡 Pensel
💛 Pembaris
💚 Pisau Lipat (untuk kegunaan orang dewasa sahaja yaa)
💙 Pensel Warna/ Krayon
💜 Furballs berwarna-warni
Cara-Cara :
1. Buat ukuran petak pada kotak dan tandakan dengan pembaris dan pensel. Bilangan petak bergantung pada berapa jenis warna furballs yang ada.
Ukuran petak mestilah bersesuaian dengan saiz kotak. Petak tak terlalu besar supaya kotak kekal utuh dan tak lembik sangat macam masa main DIY Kotak Kenal Warna, sekali main ranap habis kotak plastik 😂








