Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 68 – Sliding Ball Game

Masih menggunakan barangan untuk recycle, untuk PlaySchool Harris kali ni Hana buat Sliding Ball Tower dari kotak empat segi dan juga tissue rolls!

Hana juga gunakan bola loceng Mary N Snowy yang berbunyi-bunyi bila bergolek sebagai salah satu kaedah sensory play untuk auditori iaitu meransang pendengaran Harris selain menarik minat bermain 😉

DIY dari kotak recycle

Nampak macam susah tapi senang je nak buat. Tengok Hana cantik tak? Hahaha. Jom tengok YouTube Harris main dengan Kakak Natalia 😆

Continue reading “PlaySchool 68 – Sliding Ball Game”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 67 – Bunny Golf

Sambungan dari Arts & Crafts Bunny Box dan PlaySchool Bunny Ball, kali ni Hana buat PlaySchool Bunny Golf pula untuk kedua-dua Kakak Natalia dan Harris ⛳

Tambahan peralatan yang diperlukan adalah kayu golf yang Hana buat dari pembaris menjahit Mima Harris, dan cawan kertas yang dah digunting ✂️

Banyak kegunaan Bunny Box ni kan 🐰

Jom main! Tapi… Em tak apa lah jom tengok YouTube dulu hahaha 📺

Continue reading “PlaySchool 67 – Bunny Golf”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 66 – Ice Egg

Sebab PlaySchool kali ni ada main dengan bunga, jadi Kakak Natalia join lagi! 💐

Bahan-bahan yang diperlukan selain bunga adalah air paip dan kulit telur yang dipecahkan pada bahagian atas sahaja, sama macam PlaySchool Egg Throw! dulu 😊

Bunga kertas Mima Harris je haha 🌸

Mula-mula, Harris dan Kakak Natalia perlu masukkan kesemua bunga ke dalam kulit telur. Aktiviti menggunakan jari ni sebenarnya untuk melatih motorskill halus Harris dan Kakak Natalia dan meningkatkan koordinasi mata-tangan.

Continue reading “PlaySchool 66 – Ice Egg”
Posted in Hana Crafts, Harris & Hans Edutoys

Arts & Crafts 14 – Bunny Box

Sementara masih belum buka sekolah semula ni, Kakak Natalia mintak Hana bagi projek Arts & Crafts lagi. Jadi marilah kita buat Bunny Box 🐇

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.

  • Kotak segi empat sama
  • Kadbod nipis
  • Kertas putih
  • Tali
  • Gam
  • Gunting
Kumpul semua bahan setempat

Kotak tu Hana guna kotak rice cooker Harris je hahaha tak sia-sia simpan lagi. Okay dah tanpa buang masa jom tengok YouTube cara membuat Bunny Box dengan Kakak Natalia 😁

Continue reading “Arts & Crafts 14 – Bunny Box”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 62 – Scissors Skill

Kebelakangan ni Harris suka main gunting. Berlubang jugak la sehelai T-Shirt Harris, tergunting masa tengah pakai sambil pegang gunting 💆‍♀️

Nasib baik Hana jumpa gunting plastik ni ada enam jenis corak mata boleh tukar-tukar tau!

Boleh cabut dan pasang handle gunting tu ✂️

Mula-mula Hana ingat tak boleh guna untuk menggunting sebab materialnya plastik, rupanya boleh berfungsi betul-betul! Cuma perlu tekan sedikit kuat. Kalau Harris yang main, alhamdulillah masih selamat lagi kertas tu. Lega hati Momma gunting ni selamat untuk Harris 😆

Continue reading “PlaySchool 62 – Scissors Skill”